Wednesday, May 25, 2011

KEAJAIBAN OLEH PENCIPTANYA

Keajaiban Ciptaan-Nya

"Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah,
berikut ini dipersembahkan sebagai renungan

* Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh
menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran
itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus
dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan
keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu
perkataan.
*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

*Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air
sehingga 60 meter daripada yang sedia ada. J
ika ini berlaku, sebahagian
besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

*Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembina
an
adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

*Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

*Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

*Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

* Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang
kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam se
minggu menonton tv, dua
kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

* Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh
membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu
mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

* Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

* Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bun
yi garau sementara betina
menghasilkan bunyi yang berdesir.

* Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.
* Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah
ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

* Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

* Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

* Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

* Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika
ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa
haiwan itu melompat.

* Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code’ bagi memudahkan proses pembayaran. 
Sebenarnya produk pertama yang
mempunyai `bar code’ adalah `chewing gum’ Wrigleys.

* Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

* Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali gan
da ketinggian orang itu.

* Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

* Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi
terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

* Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

* Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara’.

* Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

* Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam system solar.

* Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

* Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun
3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai
oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis at
as tumbuhan papyrus
dan masih tersimpan hingga kini.

* Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ributtaufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahukehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberipeluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepungemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

No comments:

Post a Comment