Monday, March 16, 2015

Selepas 34 tahun meninggalkan alam persekolahan

Tanggal 15 hb March 2015 yang lepas, satu majlis perjumpaan bekas bekas pelajar SMK Machang tahun 1980 di rumah teman lama Pn.Rozita K.Mohamad yang lebih dikenali dengan nama panggilan Che Ta.Perjumpaan itu sempena dengan majlis perkahwinan anak laki-lakinya antara rakan-rakan persekolahan yang turut sama adalah Norhashimah Shaari dan suaminya yang kini menetap di Kuantan ,Noreha Abu Bakar (Rihayazni ) bersama suaminya ,Nik Noriah Nik Lah bersama 2 orang gadis suntinya,Wan Sazalwani,Kamaruaishah (Ksany Mache )Rosnani Ismail,Balkis Othman dulu dok quarter polis Machang , saya CACM dan isteri . Sudah pasti banyak cerita yang mengusik jiwa dan kenangan semasa persekolahan dulu diluahkan sepanjang 2 jam pertemuan itu.Kami dapati walaupun sudah 34 tahun berlalu gaya percakapan, gurauan ,gelak ketawa masih seperti dulu lagi cuma dari segi bentuk fizikalnya ada sedikit sebanyak telah berubah.Kalau dulu semuanya slim...tapi kini telah berisi ... montel sedikit... Ramai antara kami telah berjaya dari segi kerjaya dan ada yang mempunyai perniagaan sendiri walau pun kedai makan hatta kedai roti canai sekali pun.Juga telah mendapat zuriat bahkan dah ada yang telah mendapat cucu serta menjadi datuk dan datin (nenek )dimana gelaran tersebut tidak bolih di tarik oleh mana-mana raja diatas muka bumi ini. Abd.Rahman Albi (Manns Mache Jr. )dan Muhaini Muhamad ( Haironi Eroni ),Rohani Mohamad kawan kita yang dulu tinggal kat Machang tidak berkesempatan hadir kemajlis bersama atas tugas dan kerja yang perlu diutamakan.Manns telah mengirimkan bungkusan hadiah bagi pihak SMKMACHE CLUB melalui NIk Noriah yang lebih mesra dengan nama MOKNIK .Bagitu juga adik kita muda setahun Surina Ishak tidak dapat datang kerana menghantar anaknya ke KL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan.Siti Salma Bt. Mohamad juga turut sampai selepas kami semua bertolak pulang.

Friday, December 7, 2012



KELEBIHAN AYAT KURSI
Ayat Kursi.jpg
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)