Ahli-ahli arkeologi telah mendedahkan penemuan sebuah patung Permaisuri Mesir di kuil rumah mayat Amenhotep III yang terbongkang di Luxor, Mesir. Patung kuarza permaisuri yang dikenali sebagai Queen Tiye itu setinggi 12 kaki (3.6 meter). Queen Tiye adalah permaisuri yang paling disayangi oleh Amenhotep III.
Kompleks kuil itu yang berukuran 2,300 kaki (700 meter) panjang adalah kuil yang terbesar di Mesir. Tarikan paling mahsyur di situ ialah great Colossi of Memnon. Tapak itu telah banyak musnah dalam gempa-gempa bumi di zaman Firaun dulu, tetapi mengejutkan para pengkaji kerana patung Queen Tiye tadi masih tidak hancur.
great Colossi of Memnon
Patung permaisuri itu dijumpai sebagai sebahagian dari usaha untuk membaik pulih fragmen-fragmen patung besar yang termusnah yang pada suatu waktu dulu terpacak di kompleks kuil yang asalnya mengandungi 6 patung besar Amenhotep III yang berkeadaan duduk itu.

Terpahat pada patung itu termasuklah kata-kata seperti “puteri warisan, kehormatan yang hebat, wanita tercinta pokok sikamor, dan perempuan simpanan dua tanah,” kata Sourouzian. Pasukan arkeologi itu turut menemui 10 lagi patung baru Sekhmet (Dewi perang dan penyembuhan yang berkepala singa). Sejak tahun 2000, sebanyak 84 buah patung dewi telah dijumpai di kuil tersebut.
Ringkasan dari laporan oleh National Geographic, 31 Mac 2008