Friday, December 7, 2012



KELEBIHAN AYAT KURSI
Ayat Kursi.jpg
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Saturday, December 1, 2012


2/12/12



Misteri terowong terjawab

Telaga Palekbang
Kesan-kesan peninggalan Stesen Keretapi Palekbang masih ada di Palekbang.
Telaga
Ini antara telaga yang bersambung ke Sungai Kelantan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai laluan ke terowong di bawah tanah.
Wan Jaafar Wan Abdullah
Wan Jaafar Wan Abdullah
Telaga
Penduduk, Jali Mustapha menunjukkan telaga sedalam 70 kaki yang diceritakan oleh Wan Jaffar.


TUMPAT – “Itu bukan lubang ke terowong tetapi telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan,” kata Wan Jafar Wan Abdullah, 92, menjelaskan misteri terowong peninggalan Jepun ketika perang dunia kedua yang kecoh diperkatakan ditemui di Kampung Palekbang berdekatan Pangkalan Pasir Haji Manaf, di sini.

Di dalam blog, di laman sosial dan di kedai kopi tersebar cerita mengatakan terowong bawah tanah itu panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi.

Beberapa buah telaga yang dijumpai di kawasan tersebut didakwa lubang untuk turun ke terowong panjang terbabit.

Wan Jaffar berkata, mustahil ada terowong bawah tanah kerana dia adalah salah seorang pekerja yang terlibat mengali telaga di lokasi tersebut sebelum penjajahan Jepun iaitu ketika usianya awal 20an.

Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan bagaimanapun kewujudan kampung ini mula tercatat setelah Inggeris membina landasan kereta api di pertengahan tahun 1920-an.

Menurutnya, pada masa itu bekalan air untuk kegunaan keret api yang berulang-alik memunggah biji besi dari Temangan, Machang- Tumpat tidak mencukupi kerana di Stesen keretapi Tumpat tiada bekalan air kerana masalah air masin.

“Pihak Inggeris kerahkan gali telaga di kawasan Stesen Keretapi Palekbang untuk mendapatkan bekalan air tersebut.

“Telaga pertama digali sedalam 70 kaki, kerana memerlukan air yang banyak beberapa buah telaga berhampiran sungai digali lagi, kalau tak silap pakcik lima buah telaga kesemuanya,” katanya yang berasal dari Kampung Laut, kini menetap di Kampung Semat Jal.

Wan Jaffar berkata, kesemua telaga ini bersambung kerana di bawah tanah dibuat lubang pada setiap perigi untuk dipasang saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan.

“Air sungai ini boleh masuk ke dalam telaga dan punca air telaga ini disedut dari sungai tersebut.

“Perigi besar yang pertama dipasang pam air dan pam inilah berfungsi menyedut air dari Sungai Kelantan, sehingga ke hari ini perigi itu masih ada di Palekbang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal.

Tinjauan Sinar Harian ke Pangkalan Pasir Haji Manaf, Palekbang mendapati kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan dikawal rapi.

Sinar Harian semalam melaporkan Kampung Palekbang tiba-tiba menjadi tersohor apabila tersebar cerita penemuan terowong panjang peninggalan Jepun di bawah tanah di laman sosial, di blog dan juga cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu lalu.

Kewujudannya terus menjadi teka teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi yang kini dalam kajian pembangunan eko sejarah seliaan Kerajaan Negeri yang sedang giat dilaksanakan di lokasi tersebut.

Beberapa hari lalu kelihatan pihak polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih terus menjadi persoalan sehingga kini.

Sementara itu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan tidak menolak wujudnya terowong di Kampung Palekbang sebagaimana didakwa pihak tertentu sebelum ini.

Pengarahnya, Abdul Rahman Abdullah berkata, bagaimanapun statusnya masih dalam siasatan Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan yang dipengerusikan, Datuk Husam Musa.

“Setakat ini ia masih di peringkat cari gali. Perbadanan Muzium Negeri sendiri belum menerima maklumat secara rasmi, walaupun saya sudah beberapa kali meninjau lokasi tersebut setelah mendapat arahan pihak atasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Rahman yang berasal dari kawasan tersebut turut menjelaskan daripada maklumat awal dan apa yang diketahui sebagai penduduk di kawasan tersebut, kewujudan kawasan yang didakwa mempunyai terowong itu sebenarnya adalah telaga untuk mengisi air bagi kegunaan keretapi.

“Sebab suatu ketika dahulu kereta api menggunakan tenaga wap yang terhasil daripada air untuk bergerak, dan selepas minyak digunakan ia ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.

dipetik dari Sinar harian,com 

Wednesday, November 28, 2012


Apa Dia Akal? 

Dalam bahasa umum akal itu dipanggil otak, disamakan dengan otak. Sebenarnya akal itu bukan otak. Kalau akal itu otak bererti semua makhluk berkaki di dunia ini mempunyai akal. Kalau begitu semua makhluk mesti cerdik dan pintar. Tetapi nampaknya bukan semua makhluk di dunia ini cerdik dan pintar. Kepintaran dan kecerdikan ternyata hanya milik manusia. Meskipun mereka (makhluk lain) ada otak, tetapi tetap juga tidak berakal dan boleh ditipu-tipu. Mereka tidak boleh mengatasi kecerdikan manusia.

Itu menunjukkan akal itu bukan otak dan otak itu bukan akal. Akal hanya ada kepada manusia sahaja, tetapi tidak ada kepada makhluk-makhluk lain.Otak itu hanya sebahagian daripada organ dalam tubuh sesuatu makhluk. Ia terletak di bahagian atas dalam kepala. Fungsinya ialah untuk menerima (mengkaji/bertindak) ke atas sesuatu rangsangan daripada pancaindera, hati, mata, hidung, telinga dan lain-lain.

Kegunaan dan fungsi otak terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera-pancaindera itu (manusia) sahaja. Dalam erti kata lain, otak hanya boleh menterjemahkan apa yang sudah wujud dan nyata sahaja. Tetapi tidak boleh memikirkan (ma'rifat) tentang sesuatu kejadian disebalik (maujud) itu.

Lain dengan akal. Kegunaan dan fungsi akal lebih luas dari itu. Akal bukan cuma boleh menerima dan memikir terhadap apa yang maujud, tetapi juga boleh menyelami apa yang belum wujud. Akal boleh menjangkau ke alam-alam ghaib kerana ia mempunyai hubungan (sentuhan) langsung dengan Allah. Keadaan ini tidak berlaku kepada otak. Satu persoalan lagi kalau otak itu akal, akal itu otak, ini bermakna semua makhluk di dunia ini mempunyai tahap kedudukan, kecerdikan dan kepintaran yang sama. Ini bermakna semua isi alam ini berada dalam darjat yang sama! Tetapi hakikatnya tidak begitu, yang diakui sebagai sebaik-baik kejadian hanya manusia.

FirmanNya.......
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk (kejadian) yang sebaik-baiknya."
                                                          Al Tin 4
Akal tetap akal. Dalam Al-Quran ditafsirkan akal itu sesuatu yang sangat berguna kepada manusia.
FirmanNya.......
"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran."
                                                        Az Zumar 9
Dan secara tidak langsung akal inilah yang membezakan di antara manusia dengan makhluk lain. Gunanya untuk menilai dan merenung setiap kejadian Allah, untuk dijadikan i'tibar dalam kehidupan. Allah menyebut makhluk ini dijadikan untuk manusia yang mempunyai akal.
Sementara dalam firmanNya yang lain Allah menegaskan......
"Agama hanya bagi (berlaku) orang yang berakal."

Penegasan itu jelas menunjukkan darjat akal itu begitu tinggi sekali. Kedudukannya sungguh mulia, kerana ia menjadi sempadan dan batu tanda (farak) kemuliaan dan perbezaan manusia dengan makhluk.

Kalau akal itu bukan otak, jadi apakah yang dikatakan akal itu? Kalau kita kembali kepada hakikat manusia seperti mana yang diterangkan Allah, bahawa manusia itu memiliki rohNya yang bersifat atau samakan dari Nur Muhammad, maka jelas kepada kita apakah akal itu. Akal itu ialah Nur Muhammad sendiri. Nur Muhammad adalah merupakan satu zat Allah yang menjadikan manusia mulia.

Di sini boleh disimpulkan, akal itu ialah Nur Muhammad yang merupakan manifestasi (tajalli) dari Zat Allah di mana Nur Muhammad inilah juga akhirnya digunakan untuk mengenali dirinya sendiri. Justeru itu hanya manusia sahaja dituntut agar mengenali dirinya dan ma'rifat dengan Tuhannya kerana ia mempunyai roh Allah ataupun Nur Muhammad.
Firman Allah Ta'ala.......
"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadian dan telah meniupkan ke dalam rohnya (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan sujud."

Dan FirmanNya lagi.......
"Kemudian dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan) Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."
Allah tidak tiupkan rohNya ke dalam tubuh Malaikat atai haiwan seperti mana Dia lakukan ke atas manusia, walaupun Malaikat merupakan makhluk yang tinggi darjatnya di sisi Allah. Allah menjadikan Malaikat daripada cahaya (Nur) dan tidak ditiupkan rohNya ke dalam tubuh Malaikat.Justeru kerana kemuliaan atau kerana memiliki rahsia itulah maka Allah hanya mengezetkan manusia sahaja diminta menjadi khalifah dan memimpin dunia ini dan juga diperintah mengerjakan amal ibadat.

Firman Allah Ta'ala.......
"Dan dirikan solat, tunaikan zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk."

                                                      Al Baqarah 43
Khalifah yang dimaksudkan Allah bukan sahaja setakat menjadi pemimpin kepada dunia atau memimpin sesama manusia sebaliknya memimpin dirinya sendiri untuk mengenali Allah. Dan sesungguhnya bagi makhluk yang berakal (yang mempunyai Nur Muhammad) sahaja akan dapat berjumpa (ma'rifat) dengan dirinya.

Berkaitan dengan hal ini tidak diragui lagi bahawa kemuliaan, kebesaran dan ketinggian manusia itu terbukti apabila manusia dengan berani sanggup memikul dan menjaga rahsia Allah.
Firman Allah Ta'ala.......
"Sesungguhnya Kamu kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka semuanya enggan memikulnya dan khuatir akan mengkhianati dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada) sanggup memikulnya."

                                                        Al Ahzab 72
Kesanggupan dan kerelaan manusia itu tidak lain dan tidak bukan kerana ia tahu siapa dirinya yang tidak perlu merasa takut ataupun gentar menerima rahsia dan amanah itu seperti mana yang dirasai oleh makhluk lain.Rahsia atau amanah itu juga merupakan mahkota Allah S.W.T kepada manusia untuk membolehkan ia dinobat menjadi pemimpin dunia dan juga menyebabkan Iblis diperintahkan tunduk kepadanya.

Jadi di sini jelaslah kepada kita apakah akal itu? Hanya akal (Nur Muhammad) inilah yang membezakan kita dengan makhluk lain. Namun begitu bukan bermakna setiap manusia yang berakal itu tahu secara automatic hakikat dirinya dan kemuliaannya. Jika mereka tidak mempergunakan akal dengan sebaik-baiknya, mereka juga buta dalam soal ini. Kedudukan mereka sama juga dengan taraf orang yang tidak tahu kemuliaannya. Kedudukannya sama sahaja dengan makhluk yang tidak mempunyai akal ataupun dengan orang yang ada akal tetapi tidak menggunakan akal, ataupun sama sahaja dengan orang yang hilang akal! Sementara sejauh mana akal itu akan berfungsi ataupun tidak, ia bergantung terus kepada diri pemiliknya. Kalau ia berusaha menggunakannya maka akalnya akan tajam, kalau ia menyimpan, akalnya akan lembab dan berkarat.
Tajam atau tumpulnya akal ini pula bergantung kepada diri seseorang itu. Akal sama seperti pisau, kalau tuannya rajin mengasah, maka dia akan tajam. Kalau ia hanya disimpan dalam sarung, maka pisau itu akan tumpul dan berkarat. Tidak mustahil lama kelamaan ia (patah) rosak! Untuk mengasah akal ia memerlukan "batu" seperti untuk mengasahkan (menajamkan) parang atau pisah. Adapun batu untuk mengasah akal ialah isi seluruh alam ini.

Firman Allah Ta'ala......
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."

                                                      Ali Imran 190
Kita hendaklah menghayati, memerhati, menyelidiki serta menggunakan seluruh isi alam ciptaan Tuhan ini dengan berpandukan kepada ilmu- ilmuNya untuk kita menajamkan akal kita.Dengan cara demikianlah akal kita akan tajam, pantas dan dapat membongkar rahsia-rahsia keTuhanan dan kedirian, yang banyak membelenggu diri kita. Apabila kita sudah boleh menafaatkan akal demikian rupa, maka berfungsilah akal kita, bergunalah akal kita untuk membantu kita mengenali diri dan ma'rifat dengan Allah.

Sesungguhnya akal begitu penting dan besar sekali peranannya kepada kita dalam usaha untuk mengenal diri dan ma'rifat kepada Allah S.W.T. Jika akal dapat dikendalikan dengan baik, maka bergunalah ia kepada kita. Jika tidak, maka sia-sialah Allah menganugerahkan akal kepada kita. Bila kita tidak dapat menafaatkan akal yang berharga itu maka hidup kita tak ubahlah seperti makhluk lain yang memang tidak berakal!

Dari mana kita Datang?
Kita datang dari Allah. Allah yang menjadikan kita, lengkap segala-galanya. Alhamdulillah, jikapun ada antara kita yang cacat masih banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri. Alhamdulillah Allah berikan kita aqal, dapat berfikir dengan waras, kita tidak gila. Alhamdulillah, Allah kurniakan kita mata, kita tidak buta, mungkin rabun sikit. Alhamdulillah Allah kurniakan kita kesenangan, kita tak melarat. Kalau tak takkan kita dapat join h-net ni. Carilah segala nikmat Allah yang ada pada kita. Subhanallah! Dan nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dalam pada itu kita ini sebenarnya amat hina. Allah jadikan kita dari air 'cha'(kata oghe kelate) - air limbah yang berwarna hitam tu yang berbau hanyir tu! Hina sebenarnya kita. Kemudian Allah angkat kita menjadi yang paling mulia antara makhluknya - menjadi khalifah Allah di atas muka bumi! MasyaAllah! Tak terhitung nikmatmu ya Allah! Apa ertinya khalifah Allah? Ia menjawab persoalan berikut:

Kenapa kita berada di sini?
Adakah Allah menjadikan kita ini hanya untuk suka-suka Dia sahaja? Supaya kita merasai segala nikmat sahaja? Tengok TV, tengok wayang, tengok SUKOM. Main bowling, pergi karaoke, picnic, melancong. Itukah sahaja sebab Allah letakkan kita di atas muka bumi ini? Sekalai-kali tidak. Allah letakkan manusia dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah Allah. Golongan itulah yang akan mentadbir bumi ini dengan kalimah Allah! Menegakkan hududullah! Nah! Adakah kita menafikan tanggungjawab kita setelah Allah kurniakan segala nikmatnya kepada kita. Majikan dah bagi gaji adakah kita nak duduk goyang kaki sahaja? Bagi komputer, nak suruh main game sahaja? Tanggungjawab kita berat! Lihatlah dimana-mana, Islam dihina! Lihatlah dinegara kita sendiri, ramai yang Islam tapi hanya pada nama. Tugas kitalah! Tugas kita semua untuk mengembalikan mereka pada Islam, untuk meletakkan Islam ditempat yang tertinggi. Tugas kita amat banyak wahai sahabat/sahabiah! Tugas kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Ayuh! Bangkitlah dalam satu saf! Conclusion:Kita berada di sini untuk Allah!

Kemana kita akan pergi?
Kepada Allah! Kepada Allah kita akan kembali. Ingatlah kita akan berjumpa kekasih hati kita, Allah. Jawablah kepada diri sendiri, adakah kita menganggap dia kekasih kita atau something yang kita elakkan. Adakah kematian itu sesuatu yang kita tunggu, atau sesuatu yang amat kita takuti? Allah itu cantik, Allah itu indah, Allah menyayangi kita, Allah memaafkan kita. Allahlah maha Besar, manusia ini terlalu kerdil. Allah memiliki langit dan bumi, sedangkan kita hanya punya kekayaan sementara. Tidakkah kita ingin ketemu dengan Yang Paling Kaya? Walaupun Allah memaafkan kita bukan semua yang Allah kurniakan straight-away masuk syurga. Dari 1000 hanya 1 (lihat mail hizbi-net yang lepas-lepas), Astaghfirullah. Ya Allah, ampunkanlah aku! Tapi Rabiatul Adawiyah rela Allah masukkan dia ke dalam neraka jika itulah yang Allah redha untuknya! Bagaimana kita?