Dari mana kita Datang?
Kita datang dari Allah. Allah yang menjadikan kita, lengkap
segala-galanya. Alhamdulillah, jikapun ada antara kita yang cacat masih banyak
lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri. Alhamdulillah Allah berikan kita
aqal, dapat berfikir dengan waras, kita tidak gila. Alhamdulillah, Allah
kurniakan kita mata, kita tidak buta, mungkin rabun sikit. Alhamdulillah Allah
kurniakan kita kesenangan, kita tak melarat. Kalau tak takkan kita dapat join
h-net ni. Carilah segala nikmat Allah yang ada pada kita. Subhanallah! Dan
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dalam pada itu kita ini
sebenarnya amat hina. Allah jadikan kita dari air 'cha'(kata oghe kelate) - air
limbah yang berwarna hitam tu yang berbau hanyir tu! Hina sebenarnya kita.
Kemudian Allah angkat kita menjadi yang paling mulia antara makhluknya -
menjadi khalifah Allah di atas muka bumi! MasyaAllah! Tak terhitung nikmatmu ya
Allah! Apa ertinya khalifah Allah? Ia menjawab persoalan berikut:
Adakah Allah menjadikan kita ini hanya untuk suka-suka Dia sahaja?
Supaya kita merasai segala nikmat sahaja? Tengok TV, tengok wayang, tengok
SUKOM. Main bowling, pergi karaoke, picnic, melancong. Itukah sahaja sebab
Allah letakkan kita di atas muka bumi ini? Sekalai-kali tidak. Allah letakkan
manusia dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah Allah. Golongan itulah yang akan
mentadbir bumi ini dengan kalimah Allah! Menegakkan hududullah! Nah! Adakah
kita menafikan tanggungjawab kita setelah Allah kurniakan segala nikmatnya
kepada kita. Majikan dah bagi gaji adakah kita nak duduk goyang kaki sahaja?
Bagi komputer, nak suruh main game sahaja? Tanggungjawab kita berat! Lihatlah
dimana-mana, Islam dihina! Lihatlah dinegara kita sendiri, ramai yang Islam tapi
hanya pada nama. Tugas kitalah! Tugas kita semua untuk mengembalikan mereka
pada Islam, untuk meletakkan Islam ditempat yang tertinggi. Tugas kita amat
banyak wahai sahabat/sahabiah! Tugas kita lebih banyak dari masa yang kita ada.
Ayuh! Bangkitlah dalam satu saf! Conclusion:Kita berada di sini untuk Allah!
Kepada Allah! Kepada Allah kita akan kembali. Ingatlah kita akan
berjumpa kekasih hati kita, Allah. Jawablah kepada diri sendiri, adakah kita
menganggap dia kekasih kita atau something yang kita elakkan. Adakah kematian
itu sesuatu yang kita tunggu, atau sesuatu yang amat kita takuti? Allah itu
cantik, Allah itu indah, Allah menyayangi kita, Allah memaafkan kita. Allahlah
maha Besar, manusia ini terlalu kerdil. Allah memiliki langit dan bumi,
sedangkan kita hanya punya kekayaan sementara. Tidakkah kita ingin ketemu
dengan Yang Paling Kaya? Walaupun Allah memaafkan kita bukan semua yang Allah
kurniakan straight-away masuk syurga. Dari 1000 hanya 1 (lihat mail hizbi-net
yang lepas-lepas), Astaghfirullah. Ya Allah, ampunkanlah aku! Tapi Rabiatul
Adawiyah rela Allah masukkan dia ke dalam neraka jika itulah yang Allah redha
untuknya! Bagaimana kita?
No comments:
Post a Comment