INSAN , INGATLAH! , PELAJARILAH ! "Dan tetaplah memberi peringatan,Kerana sesungguhnya peringatan itu bermafaat bagi orang orang yang beriman" ( surah Adz-Dzariat ayat 55)
Monday, March 16, 2015
Selepas 34 tahun meninggalkan alam persekolahan
Tanggal 15 hb March 2015 yang lepas, satu majlis perjumpaan bekas bekas pelajar SMK Machang tahun 1980 di rumah teman lama Pn.Rozita K.Mohamad yang lebih dikenali dengan nama panggilan Che Ta.Perjumpaan itu sempena dengan majlis perkahwinan anak laki-lakinya antara rakan-rakan persekolahan yang turut sama adalah Norhashimah Shaari dan suaminya yang kini menetap di Kuantan ,Noreha Abu Bakar (Rihayazni ) bersama suaminya ,Nik Noriah Nik Lah bersama 2 orang gadis suntinya,Wan Sazalwani,Kamaruaishah (Ksany Mache )Rosnani Ismail,Balkis Othman dulu dok quarter polis Machang , saya CACM dan isteri .
Sudah pasti banyak cerita yang mengusik jiwa dan kenangan semasa persekolahan dulu diluahkan sepanjang 2 jam pertemuan itu.Kami dapati walaupun sudah 34 tahun berlalu gaya percakapan, gurauan ,gelak ketawa masih seperti dulu lagi cuma dari segi bentuk fizikalnya ada sedikit sebanyak telah berubah.Kalau dulu semuanya slim...tapi kini telah berisi ... montel sedikit...
Ramai antara kami telah berjaya dari segi kerjaya dan ada yang mempunyai perniagaan sendiri walau pun kedai makan hatta kedai roti canai sekali pun.Juga telah mendapat zuriat bahkan dah ada yang telah mendapat cucu serta menjadi datuk dan datin (nenek )dimana gelaran tersebut tidak bolih di tarik oleh mana-mana raja diatas muka bumi ini.
Abd.Rahman Albi (Manns Mache Jr. )dan Muhaini Muhamad ( Haironi Eroni ),Rohani Mohamad kawan kita yang dulu tinggal kat Machang tidak berkesempatan hadir kemajlis bersama atas tugas dan kerja yang perlu diutamakan.Manns telah mengirimkan bungkusan hadiah bagi pihak SMKMACHE CLUB melalui NIk Noriah yang lebih mesra dengan nama MOKNIK .Bagitu juga adik kita muda setahun Surina Ishak tidak dapat datang kerana menghantar anaknya ke KL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan.Siti Salma Bt. Mohamad juga turut sampai selepas kami semua bertolak pulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)